Tuesday, September 1, 2009

Kemana jalur gemilang

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!Semalam adalah hari jadi negara kita ke 52, tapi apa yang aku perasan Hari Merdeka tahun ini adalah yang paling tidak meriah. Kemungkinan sebab Hari Merdeka ini jatuhnya pada bulan Ramadhan jadi sambutannya pun dibuat secara minima sahaja.Oklah jika berpuasa menyebabkan tiada perarakan diadakan, bagaimana pula dengan mengibarkan jalur gemilang di kenderaan, premis perniagaan dan rumah? Memang kurang sangat kan? Adakah sebab berpuasa kita terlalu letih nak pacak bendera di depan rumah kita? Atau adakah kita malu memasang bendera pada tahun ini kerana bukan trend masa kini? Di taman aku hanya 2 rumah India sahaja yang memasang bendera di rumah mereka. Adakah mereka lebih patriotik dari kita?Adakah 1Malaysia tidak memerlukan memasang bendera? Adakah kerana stesyen minyak masih menjual produk transformer dan tidak memberi bendera kecil secara percuma menyebabkan jalur gemilang kurang berkibaran?Adakah kerana protes isu hangat minyak petrol dan diesel naik lagi? Adakah semua rakyat Malaysia ingin protes kerana ISA tidak dihapuskan? Adakah kerana pelekat jalur gemilang kereta yang dijual di kedai 2 Ringgit tidak lekat sehingga kita malas nak pasang di cermin kereta?Hanya kita mempunyai alasan yang tersendiri kenapa tidak mengibarkan jalur gemilang tahun ini.Aku berbangga juga terlibat dalam menghias bangunan tempat kerja saya hampir seratus jalur gemilang sehingga mendapat tempat kedua dalam kategori bangunan bukan kerajaan di daerah aku.

No comments:

Post a Comment